Verv

Malaysia's Automotive Community.

Verv-X Malaysia

peroduapj

Lot 11 , Jalan 19/1, Section 19, 46300 Petaling Jaya, Selangor Tel: 03-7956 9777

Perodua Sales Sdn. Bhd. (Petaling Jaya)

Peraturan AM

1. Dilarang membuka Topic / Thread Yang Sama Dari Orang Yang Sama. Topic / Thread Yang Sama Akan Dipadam Tanpa Notis Terlebih Dahulu.
No duplicate threads from same member. Duplicate thread(s) will be deleted WITHOUT PRIOR NOTICE!

2. Dilarang Berborak (Chat) Di Dalam Bahagian Pengumuman. Tanya Benda Yang Perlu Sahaja Sekiranya Anda Ragu.
NO UNNECCESARY FLOODING inside the Viva Club`s Announcement Section. Ask only related questions if you are unsure.

3. Dilarang SPAM.
NO SPAMMING.

6. Anda Dibenarkan Menggunakan Bahasa Malaysia atau English atau Kedua-duanya Sekali ketika Post.
English and (or, with) Bahasa Malaysia are allowed to be used in here.

7. Sila Pastikan Forum / Kelab kita Bersih, Sempurna, dan Maju. Kerjasama Anda Semua Amatlah Dihargai. Terima Kasih.
Pls. keep this section clean, all co-operations is deeply appreciated.

8. Boleh posting berapa banyak yang korang s**a, tetapi biarla benda tu bernas atau berfaedah sikit.

9. DILARANG sama sekali menggunakan perkataan-perkataan kotor dan kesat.

10. DILARANG sama sekali post/berbincang topik mengenai BANGSA, AGAMA dan POLITIK. (Tolong hormat sikit sebab forum kita nih dibaca oleh setiap bangsa & agama dari seluruh Malaysia dan dunia...maybe)

11. Posting lah pertanyaan anda di tempat yang betul.

12. ANNOUNCEMENT & STICKY adalah topik yang serious jadi setiap reply yang merapu akan didelete dan sila ikut tajuk sticky / announcement untuk reply.

13. Commitee tidak akan teragak-agak untuk delete/banned sesiapa yang melanggar ETIKA ketika berforum.

14. Segala posting atau thread yang melanggar peraturan-peraturan yang dinyatakan akan dipadamkan terus tanpa pemberitahuan kepada pemilik thread tersebut.Harap Maklum.


15. Anda diminta TIDAK POST sekiranya:

    Tidak tahu berkenaan post anda tersebut
    Hanya untuk post "smileys"Berkelakuan tidak matang
    Tidak berminat dengan topic yang hendak dipost
    Hanya untuk bergurau
    Post perkara yang tidak berguna / berfaedah
    Tiada kaitan dengan topic / board

Selamat berforum.

Panduan Etika & Hubungan Sesama Ahli

    Semua orang bebas memberikan pandangan dan pendapat masing-masing, asalkan ia tidak melampui batas budaya Malaysia dan undang-undang negara kita.
    Ahli diharapkan supaya mengamalkan sikap hormat menghormati di antara satu sama lain.
    Elakkan daripada menggunakan bahasa yang kasar dan kurang sopan serta berbalah semasa berforum.
    Setiap orang mempunyai pendapat dan sensitiviti yang berbeza-beza di dalam sesetengah isu.
    Sekiranya anda tidak bersetuju dengan topik yang dibuka oleh ahli lain, atau tidak berminat dengan isu yang diutarakan, atau mendapati posting yang disampaikan bercanggah dengan pendapat anda, anda dinasihati supaya TIDAK BERPOSTING di topik tersebut.
    Walau bagaimanapun, anda boleh berposting di topik tersebut dengan menyampaikan pendapat anda secara berhemah dan mengemukakan hujah-hujah bernas mengapa anda tidak bersetuju dengan pembuka topik.
    Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan ahli lain, anda haruslah menggunakan fungsi PM untuk terus berhubung dengan ahli tersebut atau hubungi pihak pentadbir atau pengendali dengan masalah anda, bukan meneruskan perbalahan anda di dalam sesebuah topik.
    Topik yang memerlukan perbincangan serius yang melibatkan isu kontroversi seperti keganasan, dadah, alkohol, seks yang tidak keterlaluan, keagamaan, politik, hal ehwal perubatan dan lain-lain yang berkaitan hanya dibenarkan dibincangkan di Bilik Perbincangan Umum (General Discussion) iaitu Ruangan Untuk Perbincangan Mengenai Apa Sahaja., Bilik Tips & Fakta iaitu Ruangan Berkongsi Tips-tips & Fakta-fakta Menarik & Bilik Kewanitaan (Ladies Only) iaitu "Dunia Wanita"
    Topik-topik sebegini akan dipantau ketat oleh Pihak Pentadbir dan Pengendali untuk mengelakkan halatuju perbincangan yang tidak diingini.
    Ahli-ahli dinasihatkan supaya lebih berhemah dan berhati-hati untuk berposting di dalam topik sebegini.
    Pihak pentadbir atau pengendali berhak untuk memadam posting yang dirasakan tidak sesuai di dalam topik tersebut tanpa prejudis, tanpa sebarang notis kepada ahli.

 Syarat-syarat HOT VOC

    Semua HOT ahli yg datang makan/ minum perlu bayar sendiri masing-masing. Kecuali ada yg ingin belanja semua.
    Pengumuman HOT mesti di buat sekurang-kurangnya seminggu lebih awal dari tarikh. (mesti inform admin utk masuk dalam web Viva Owners Club)
    Sesi HOT yg ingin dibatalkan pada minit akhir mesti sekurang-kurangnya 2 hari sebelum tarikh. (mesti bagitau admin utk DELETE dalam web Viva Owners Club)
    Penganjur Sesi HOT perlulah membuat Peta (jika perlu) sekiranya tempat itu susah dicari.
    Penganjur  Sesi HOT wajib hadir lebih awal dari yg lain (kecuali kecemasan atau perkara tidak boleh di elakkan)
    Tempat Sesi HOT perlulah selesa bagi semua ahli termasuk parking kenderaan bagi mengelakkan Viva di langgar atau kemek atau sebagainya.
    Perbincangan / borak di HOT perlulah tidak menyebabkan pergaduhan atau isu-isu yg menjadi kemarahan ahli lain.
    Tempat HOT mesti tempat yang HALAL
    HOT hanya untuk perjumpaan n bertukar pendapat bukan untuk meeting sesuatu event.
    HOT juga bertujuan untuk menarik minat pemilik Perodua Viva yang lain (bukan ahli lagi).
    Penganjur HOT boleh menunggu sehingga satu jam..sekiranya tidak ada yang datang maka ia batal secara automatik.
    Tidak ada had waktu semasa HOT di adakan, ia bergantung kepada yang hadir untuk menentukan.
    Mulai 19 Mac 2008, setiap kenderaan ahli yang mempunyai unsur-unsur promosi @ tertera nama kelab lain (yang berkaitan dengan viva) TIDAK DIBENARKAN sama sekali menyertai aktiviti-aktiviti / konvoi yang dianjurkan oleh Viva Owners Club (V.O.C). KECUALI event tersebut dianjurkan bersama-sama atau dijemput oleh club atau pihak yang berkenaan. Pihak Pengurusan amat memandang serius akan perkara ini bagi menjaga maruah serta nama kelab. Harap maklum serta mematuhi polisi kelab. Terima Kasih atas kerjasama anda.


Etika Penggunaan Internet

*menyalurkan bahan haram, lucah, mengancam, menekan, mengugut,
 menghina, memfitnah atau menabur perasaan benci sesama rakyat;

*menggalakkan perilaku yang menyebabkan kekacauan dan ketegangan di
 dalam dan di luar negara serta pelanggaran undang -undang Malaysia dan
 antara bangsa;

*menganjur perbuatan yang boleh membahayakan individu, organisasi atau
 masyarakat keseluruhannya;

*menghantar iklan tidak dikehendaki dan amalan perdagangan yang
 mengelirukan;

*menggalak, membangun dan menjalankan kegiatan haram seperti skim cepat
 kaya, skim piramid dan surat berantai;

*melakukan pengeboman mel kepada e-mel; menghantar mesej yang sama
 kepada banyak kumpulan berita;

*mamalsukan kepala e-mel;

*melakukan kegiatan haram seperti mengambil, menyimpan dan mengedar
 harta intelek, rahsia dan perdagangan barangan yang dilindungi hak cipta;

*mencerobohi peralatan yang dimiliki individu, kumpulan atau
 organisasi;

*menyebabkan gangguan perkhidmatan;

*memberi maklumat salah kepada sebarang borang atau kontrak;

*melaksanakan sebarang bentuk pemantauan rangkaian bagi mencuri data;

*membatalkan penghantaran yang dibuat kepada orang lain kecuali
 pengendali.

Pihak tertentu sedang memantau perkara ini. Terutama penyebaran link media
 berbentuk video filem. Sekiranya ada, sila laporkan segera.

 

**Akan ditambah / dikurangkan dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian.

**Lain-lain peraturan / syarat Juga boleh dirujuk di Forum