Verv

Malaysia's Automotive Community.

Verv-X Malaysia

peroduapj

Lot 11 , Jalan 19/1, Section 19, 46300 Petaling Jaya, Selangor Tel: 03-7956 9777

Perodua Sales Sdn. Bhd. (Petaling Jaya)

Viva Owners Club (VOC) telah ditubuhkan pada 6 Oktober 2007 atas inisiatif beberapa individu yang berhasrat menggabungkan pemilik-pemilik Perodua Viva  khususnya di Malaysia selain menjadi platform berkongsi maklumat berkenaan permasalahan, modifikasi, aktiviti-aktiviti dan sebagainya.

Bermula dengan satu mesyuarat tidak rasmi sehingga terbentuknya sebuah kelab yang disegani, VOC telah mengharungi pelbagai fasa dalam pembentukannya di mana sehingga kini, jumlah bilangan ahlinya telah menjangkau hampir 3 ribu ahli yang merangkumi serata Malaysia dan semakin bertambah. Struktur pengurusan VOC kini telah dibahagikan pada beberapa bahagian utama iaitu Kawasan Utara, Tengah, Selatan, Pantai Timur, dan Borneo dimana setiap kawasan tersebut ditunjangi oleh seorang ketua bahagian. Di setiap bahagian tersebut dibantu oleh jawatankuasa bahagian yang telah dipilih dan dilantik oleh ketua tersebut atas pertimbangan oleh Jawatankuasa Induk VOC.

Setelah hampir 6 tahun penubuhannya, VOC telah mengeluarkan beberapa produk atau barangan kelab seperti baju-t, pelekat-pelekat kenderaan, dan baju korporat selain beberapa cenderahati pada setiap aktiviti yang dianjurkan. Barangan-barangan ini dijual dengan harga ahli dan keuntungan tersebut digunakan untuk menampung kewangan kelab serta membantu pembangunan kelab sendiri.

Dalam pada itu, selain jemputan dari pelbagai pihak termasuk Perodua dan badan-badan bukan kerajaan, VOC juga telah menganjurkan pelbagai aktiviti termasuk dari segi kemasyarakatan, kekeluargaan, percutian, dan sebagainya bagi merapatkan hubungan silaturrahim di antara ahli yang hanya berkomunikasi melalui forum dan portal rasmi VOC iaitu www.VivaOwnersClub.net. Setiap penganjuran tersebut, kebiasaannya akan diselitkan beberapa tips-tips dan panduant berkenaan cara pemanduan yang berhemah, pembinaan sahsiah diri yang baik serta secara tidak langsung dapat mengisi masa lapang dengan lebih bermanfaat.

Sehubungan dengan itu, sehingga hari ini, pendaftaran bagi VOC adalah percuma dan ahli-ahli hanya perlu mendaftar melalui forum rasmi VOC sahaja atau melalui wakil-wakil dan ketua-ketua kawasan yang telah dilantik di tempat masing-masing. Forum VOC juga bertindak sebagai penghubung utama di kalangan ahli untuk berkongsi maklumat termasuk penganjuran atau aktiviti terbaru, informasi-informasi yang berkaitan dengan Perodua Viva,  jual beli barangan, dan sebagainya.

Dengan bertunjangkan Jawatankuasa Induk VOC, serta dibantu oleh jawatankuasa-jawatankuasa setiap kawasan, VOC serius memandang ke arah kemajuan serta pemantapan kelab dari semua  segi termasuk pengurusan, perkhidmatan, penganjuran, serta penambahbaikan dari semasa ke semasa. Oleh itu, kerjasama dari semua ahli amatlah diharapkan serta dengan jaringan besar ahli di serata Malaysia ini diharapkan dapat membawa kepada kemajuan VOC khususnya serta Perodua dan Negara amnya.

 

~Our Club | Our Forum | Our Home~